Resepi Nasi Planta Tanpa Susu, Mudah dan Sedap!

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Nasi Planta Tanpa Susu, Mudah dan Sedap! | Nasi makanan ruji rakyat Malaysia... Tak boleh sehari tak makan nasi... Mesti makan juga walaupun sedikit. 

Nasi paling mudah, dimasak biasa iaitu nasi putih. Tapi nasi, boleh dipelbagaikan resepinya. 

Jika dulu, nak makan nasi yang lain dari nasi putih kena tunggu waktu kenduri kendara, tapi kini, tak perlu lagi nak tunggu kenduri. 

Semua orang boleh buat sendiri di rumah. 

Selain nasi minyak, nasi tomato, dan nasi beriani, nasi planta adalah resepi nasi yang sedap dan menyelerakan. 

Nasi planta sudah tentu menggunakan bahan asasnya planta atau majerin. Dan ditambah dengan bahan-bahan rempah yang lain, membangkitkan aroma yang harum dan menyelerakan. 

Jom kita tengok resepi nasi planta yang mudah tanpa menggunakan susu. Sebab ada orang tak suka nak letak susu tu, takut jadi muak bila makan... 

Tapi jangan risau, dalam resepi ni walaupun tiada susu, nasi planta tetap sedap dan jadi macam nasi kenduri yang menyelerakan.

Resepi Nasi Planta Tanpa Susu, Mudah dan Sedap!


Bahan-bahan

3 cawan beras (boleh ubah ikut suka hati) - basuh bersih
1/2 bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai (diketuk)
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 sudu besar planta atau majerin
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar minyak masak
250 ml air (bergantung kepada kuantiti beras)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
Cairkan planta dengan minyak masak dalam periuk nasi.
Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis...Tumis seketika.
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
Masukkan kiub pati ayam dan kacau sekata.
Masukkan beras dan air hingga sekata dan beras tenggelam. Macam masak nasi biasa. 
Masukkan serai, gula dan garam secukupnya. 
Kemudian, masak nasi dalam periuk nasi seperti biasa. 

Bagi yang guna Pressure Cooker, boleh tumis terus di periuk. Tapi bagi periuk nasi biasa, boleh masak dulu pot nasi di atas dapur... dah siap tumis dan masuk semua bahan, barulah diangkat dan dimasak dalam periuk nasi seperti biasa. 

Mudah bukan... Tak perlu susu pun dah sedap... 
Insha Allah, anak-anak pasti suka juga.

Selamat mencuba. 

Post a Comment

0 Comments