Resepi Kuih Talam Pandan Jagung Kastard Mudah Tapi Sedap

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Kuih Talam Pandan Jagung Kastard Mudah Tapi Sedap | Kuih talam satu kuih tradisional Melayu yang popular satu ketika dulu. Tapi kuih sebegini tak mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda sekarang. 

Jadi, saya cuba buat kuih talam ni untuk anak-anak saya merasai kuih tradisional ni... Supaya tak lapuk dan tak rasa pelik dalam kalangan anak muda sekarang. 

Kuih talam ni nampak macam susah nak buat tapi sebenarnya senang ke nak buat kuih talam yang mudah dan sedap. 

Kebanyakan kuih zaman dahulu banyak menggunakan kelapa dan santan kelapa... Begitu juga dengan kuih talam ni juga. 

Memandangkan saya sukar nak dapatkan santan kelapa asli... Saya gantikan dengan santan kotak sahaja. Tapi rasa kuih ni tak berubah bahkan dapat lebih rasa lemak santan tu. 

Tapi kalau ada ada santan kelapa asli itu lebih baik. 

Baiklah... Jom saya kongsi kan resepi kuih talam pandan jagung kastard yang sangat mudah tapi tetap rasa sedap berlemak berkrim... Insha Allah... 

Resepi Kuih Talam Pandan Jagung Kastard Mudah Tapi Sedap


Bahan-Bahan Kuih Talam

Lapisan Bawah

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jagung krim (dalam tin) 
  • 3 1/2 cawan santan (saya guna santan kotak tambah 2 cawan air) 
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah

  1. Satukan kesemua jenis tepung  dalam mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Alaskan loyang dengan plastik atau  sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
  5. Pastikan penutup periuk kukus dibalut kain untuk elakkan air menitik ke permukaan kuih yang di kukus. 

Bahan untuk Lapisan Atas

  • 2 cawan santan pekat (santan kotak + 1 cawan air) 
  • 1 cawan air pandan (3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cawan jumlahnya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas

  1. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk. 
  2. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  3. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  4. Cakarkan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.

Resepi Kuih Talam Pandan Jagung Kastard Mudah Tapi Sedap


Tips Kuih Talam

** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yang terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul-betul sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik untuk memotong apa-apa jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

Post a Comment

0 Comments