Resepi Kuih Dangai Mudah, Bakar Guna Pan Saja

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Kuih Dangai Mudah, Bakar Guna Pan Saja | Kuih Dangai... Mungkin ada yang pernah dengar mungkin ada yang terasa asing. 

Kuih tradisional ini popular di kawasan negeri sebelah utara seperti Kedah, Perak dan Pulau Pinang. 

Jika korang ke pasar malam sebelah utara sana...ada rezeki jumpalah kuih dangai ni... 

Kuih dangai ini sejenis kuih yang mudah saja nak buat. Tapi mungkin memikirkan bentuknya itu buatkan ianya terasa susah. 

Bahan untuk buat kuih dangai hanya guna 4 bahan. Tetapi bahan utamanya ialah kelapa parut. 

Baiklah, #mariafirdzkitchen ini kongsikan resepi kuih dangai mudah, bakar guna pan sahaja. Kalau nak bakar guna pemanggang ajaib pun boleh. 

Jom lihat bahan dan cara membuatnya.

Kuih dangai

Resepi Kuih Dangai Mudah, Bakar Guna Pan Saja

Bahan-bahannya:

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suka)
  • 1 sudu kecil garam halus

Cara-cara Membuatnya:

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan satukan bahan hingga sebati dan tidak berketul.
  • Masukkan dalam loyang atau pan dan padatkan... 
  • Masak atas dapur dengan guna api kecil... Masak hingga garing sebelum terbalikkan untuk masak sebelah lagi. 

Bakar guna oven

  • Jika nak bakar guna oven pun boleh. Caranya:
  • Panaskan oven 160 selama 10 minit.
  • Masukkan adunan dalam loyang pembakar dan tekan padat. 
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 hingga 50 minit atau sehingga masak keperangan. 

Siap untuk hidangan sekeluarga Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang.

Mudah je bukan... Walaupun tak seperti kuih dangai asli... Tapi rasanya InshaAllah sama... 

Sedap kuih ni dimakan panas-panas bersama air teh atau kopi sebagai minum petang atau sarapan pagi. 

Selamat mencuba... 😉

Post a Comment

1 Comments

  1. Sedap betul kuih ni. Selalu beli saja, belum pernah cuba buat.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)