Cara Buat Sambal Ayam Penyet Paling Mudah tapi Sedap

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Buat Sambal Ayam Penyet Paling Mudah tapi Sedap | Sambal satu menu pembuka selera bagi yang suka makan pedas. Takde sambal buatkan selera nak makan nasi pun kurang. 

Banyak jenis menu sambal yang boleh buat untuk membuka selera kita. Salah satunya sambal ayam penyet yang biasanya dimakan dengan ayam penyet je. 

Tapi sebenarnya, sambal ayam penyet ni sedap juga dimakan dengan ikan goreng atau menu bergoreng kering yang lain. 

Tak susah nak buat sambal ayam penyet ni... Bahan yang ringkas dan cara yang cukup mudah, boleh jadikan menu pembuka selera yang wajib ada di atas meja makan. 

Jom kita belajar cara buat sambal ayam penyet yang mudah tapi confirm sedap. 

Cara Buat Sambal Ayam Penyet Paling Mudah tapi Sedap


BAHAN-BAHAN:


Cara Buat Sambal Ayam Penyet Paling Mudah tapi Sedap


3 biji cili merah
15 biji cili padi
1 biji tomato
3 biji bawang merah saiz sederhana atau 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan semua bahan mentah dan potong kecil (kecuali belacan).
2.Panaskan minyak dan goreng bahan potong tadi. 
3.Tumbuk semua bahan goreng tadi kasar-kasar. Tapi saya blender je semua dengan cara blend sekejap-sekejap... Jangan blender terus panjang gitu sebab kita tak nak ianya jadi halus.
4.Panaskan minyak dan goreng belacan. Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pecah minyak.
6.Angkat dan sedia untuk dinikmati dengan ayam penyet.

Cara Buat Sambal Ayam Penyet Paling Mudah tapi Sedap


TIP:

Sukatan ini adalah formula asas untuk sambal ayam penyet yang cukup rasa dan sedap. Kalau nak masak dalam kuantiti yang banyak gunakan formula:

1 biji tomato + 3 biji cili merah + 15 biji cili padi

Sambal ni makan dengan apa sahaja jenis lauk goreng pun sedap. 
Boleh buat simpan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti... 

Selamat mencuba

Post a Comment

0 Comments