بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Resepi Kueh Teow Kungfu Simple Tapi Sedap! | Kueh Teow satu menu makanan dari kumpulan sejenis dengan mee, pasta, bihun dan seumpamanya.
Banyak menu mudah dan ringkas dari kumpulan makanan jenis ini. Antaranya menu jenis goreng dan sup.
Tapi untuk kueh teow boleh lagi di pelbagaikan.
Selain popular dengan Char Kueh Teow... Kueh Teow juga boleh dijadikan hidangan sihat iaitu kueh teow kungfu.
Resepi Kueh Teow Kungfu ni tak susah mana sebenarnya. Sangat mudah nak buat. Bahannya simple, dan paling penting.. Menu ni boleh dijadikan menu diet sihat untuk orang yang nak kuruskan badan.
Mudah je nak buat Kueh Teow Kungfu ni.
Resepi Kueh Teow Kungfu Simple Tapi Sedap!
Bahan-bahannya :
Bahan A1/2kg kueh teow
3 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit lada hitam
Bahan B
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sudu besar sos tiram
1 lobak merah dipotong memanjang
1/4 kubis bunga
1/4 kubis panjang
Isi ayam
Daging
Sotong atau udang (jika suka)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan air)
Gula dan garam sebagai perasa.
1/2 kuib pati ayam
Cara memasak
1. Pukul telur hingga sekata, kemudian masukkan semua bahan A. Biarkan ke tepi.
2. Siapkan semua bahan B.
3. Gorengkan kueh teow yang direndam telur. Kalau 1/2kg tu.. Kena goreng 1 senduk 1 senduk, baru kueh teow dan telur tu masak sekata.
Dah siap goreng semua kueh teow tu, toskan dan ketepikan. Masa untuk siapkan kuahnya.
Cara memasak kuah kueh teow kungfu.
1. Tumis kan bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
3. Masukkan semua bahan basah seperti ayam, daging, udang dan sotong. Biarkan hingga sedikit kecut.
4. Masukkan sayuran yang susah nak empuk seperti lobak merah, dan kubis bunga. Masukkan sedikit air biarkan kuah mendidih.
5. Bila kuah mendidih, masukkan kuib pati ayam. Kacau rata dan bila sayuran dah agak empuk. Masukkan sayuran yang mudah layu seperti sawi dan kubis panjang.
6. Masukkan air biar kuah banyak. Kemudian masukkan gula dan garam sebagai perencah. Biarkan mendidih sekali.
7. Bila dah mendidih... Masukkan air bancuhan tepung jagung. Fungsinya untuk memekatkan kuah tu tadi.
8. Sedia untuk dihidang.
Cara makan
Letakkan kueh teow dan tuang kuah di atasnya.
Sedap dimakan panas-panas.
Step nampak macam renyah nak buat. Tapi mudah je sebenarnya. Campak-campak je.
Selamat mencuba.
0 Comments