Cara Buat Papparoti Guna Sukatan Cawan, Tanpa Bread Maker pun menjadi

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Buat Papparoti Guna Sukatan Cawan Tanpa Bread Maker pun menjadi | Roti satu makanan yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. 

Boleh dikatakan sesiapa sahaja makan roti, dari kanak-kanak hingga ke orang dewasa menyukai roti. 

Susah ke nak buat roti?

Sebenarnya, tak susah nak buat roti... Boleh saja buat roti tanpa gunakan pembuat roti. Uli guna tangan pun menjadi. 

Jadi, saya nak kongsikan resepi mudah buat Papparoti, roti bun dengan topping perisa kopi.

Buat sendiri je... Dengan adunan bahan mudah, yang penting uli guna tangan je... Tanpa perlu guna breadmaker... Insha Allah menjadi, dan lembut sangat... 

Jom kita belajar cara buat papparoti guna sukatan cawan, tanpa guna breadmaker dan gerenti menjadi. 

Cara Buat Papparoti Guna Sukatan Cawan Tanpa Bread Maker pun Menjadi


Bahan-bahannya:

3/4 cawan susu
1 biji telur
2 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu yis
2 1/4 cawan tepung roti
1 sudu kecil garam
2 sudu butter atau marjerin



Cara Buat Papparoti Guna Sukatan Cawan Tanpa Bread Maker pun Menjadi



Cara membuatnya:
1. Satukan susu, telur, gula dan yis dalam mangkuk dan kacau hingga gula larut.
2. Kemudian masukkan tepung dan garam ke dalam adunan tadi.
3. Gaulkan hingga menjadi doh.
4. Dalam keadaan doh yang masih lembik tu, masukkan butter atau marjerin.
5. Gaul hingga menjadi doh yang kental dan lembut.
6. Bentukkan doh menjadi bulat dan sapukan permukaan dengan minyak.
7. Tutup dan perap doh selama 1 jam sehingga saiznya menjadi sekali ganda.



Sementara perap doh, kita buat topping roti ni..

Bahan untuk topping (Krim Kopi)

1/2 sudu besar serbuk kopi
2 sudu besar air
1/4 cawan unsalted butter 
1/4 cawan gula pasir
1 biji telur (dipukul sedikit)
1/2 cawan tepung serbaguna atau tepung gandum
1/8 sudu kecil garam

Cara membuat topping roti (Krim Kopi)

1. Satukan serbuk kopi dan air, kacau hingga berbuih dan ketepikan.
2. Kemudian, kacau butter dalam bekas yang lain hingga menjadi krim.
3. Kemudian masukkan gula ke dalam bekas butter tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan telur dan kacau sebati.
6. Masukkan kopi yang dibancuh air tadi
7. Masukkan tepung serbaguna dan garam, dan kacau sebati. 
8. Masukkan ke dalam piping bag. Dan simpan dan peti sementara nak menguli doh roti.

Menguli Doh Roti

  1. Selepas sejam, tumbuk-tumbuk lembut untuk keluarkan angin...
  2. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian.
  3. Nak sama saiz, gunakan penimbang dan pastikan setiap bahagian sama berat. 

  1. Kemudian, uli dan bulat-bulatkan... 
  2. Leperkan dan masukkan inti, iaitu potongan dadu mentega atau boleh juga kalau nak guna inti kaya. Terpulang kepada selera. 
  3. Dah siap bentukkan, letak dalam tray pembakar yang dialas kertas minyak. 
  4. Wrap dengan plastik wrapping dan perap selama 30-45 minit, biar dia kembang. 
  5. Selepas 45 minit, baru letakkan topping kopi tadi. Paipkan krim kopi melilit atas doh roti. 
  6. Siap semua, bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 180 darjah celsius selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Cara Buat Papparoti Guna Sukatan Cawan Tanpa Bread Maker pun Menjadi


Nampak macam banyak step kan... Tapi mudah je sebenarnya. 

Nak mudah, boleh tonton video cara buat papparoti tanpa breadmaker kat link ni:
https://fb.watch/7A8Nx5dBkR/

Selamat mencuba. 

Post a Comment

0 Comments