Resepi Daging Dendeng Berlado

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Daging Dendeng Berlado | Daging, salah satu menu yang kebiasaannya kita nikmati waktu musim perayaan. 

Pelbagai resepi daging boleh diperlbagaikan. 

Kebiasaannya daging kari dimasak ketika musim walimatulurus dan daging rendang ketika musim hari raya. 

Namun, resepi daging boleh dipelbagaikan untuk pelbagai jenis masakan termasuk masakan yang menggunkan rempah. 

Saya ingin kongsikan satu resepi berasaskan daging yang diilhamkan oleh Datuk Chef Wan menerusi buku resepinya. 

Resepi Daging Dendeng Berlado, satu resepi yang mudah sangat disediakan. Menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. 

Tapi rasanya, memang lain dari yang lain... 

Jom, kita tengok bahan-bahan dan cara memasak resepi daging dendeng berlado.


Resepi Daging Dendeng Berlado


Bahan-bahannya:

  • 500 gram daging, dihiris kecil
  • 4 sudu makan kicap pekat manis
  • 3 helai daun limau purut, koyak-koyakkan
  • 3 sudu makan cuka putih
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan pes rempah 

  • 8 biji cili merah, buang biji
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar, mana-mana lah salah satu jenis bawang. Macam saya suka guna bawang besar. 

Cara Memasaknya

  1. Masukkan daging ke dalam periuk yang telah mendidih airnya. Rebus hingga empuk. Apabila dah empuk, toskan air dan tumbuk daging tu secukupnya. 
  2. Kemudian, perap daging dengan kicap pekat manis. 
  3. Satukan bahan pes rempah dan kisar halus. 
  4. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diketuk dan diperap tadi hingga garing. Angkat dan toskan.
  5. Buang minyak yang berlebihan dan tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak sahaja. Tumis bahan pes rempah yang telah dikisar sehingga naik bau.
  6. Masukkan daging goreng tadi, masukkan juga daun limau purut, garam dan gula serta cuka. 
  7. Kacau sebati dalam beberapa minit, dan angkat serta boleh dihidangkan. 
Resepi Daging Dendeng Berlado


Menu ini sedap dimakan bersama nasi putih panas... Memang menyelerakan... 

Selamat mencuba...

Post a Comment

1 Comments

  1. Nampak pun mcm sedap tu. Boleh masuk dlm list untuk cuba ni..

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)