Resepi Fluffy Japanese Cotton Cheesecake Gebu Mudah Ikut Sukatan Cawan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Fluffy Japanese Cotton Cheesecake Gebu Mudah Ikut Sukatan Cawan | Kek yang gebu, fluffy dan sedap impian semua pembuat kek. Tapi nak dapatkan kek gebu, mudah dan tak guna banyak bahan yang sukar didapati itu, pasti tak mudah. 

Antara kek yang gebu, yang saya teringin sangat nak buat ialah Japanese Cotton Cheesecake. Kek ni saya pernah beli di kedai-kedai kek ternama. 

Sejak saya berjauhan dengan kedai kek ni, kebanyakan kek saya akan saya cari resepinya dan cuba buat sendiri. 

Saya akan cari kek yang mudah untuk saya buat, tak guna bahan yang sukar saya nak dapatkan dan paling penting step yang mudah untuk saya ikut. 

Setelah saya belek pelbagai resepi dan cara buat Japanese Cotton Cheesecake ni di internet, saya cuba gabung dan modified beberapa resepi untuk saya buat dan menjadi. 

Jadi, saya kongsikan di sini resepi Japanese Cotton Cheesecake yang gebu, mudah ikut sukatan cawan. 

Resepi Fluffy Japanese Cotton Cheesecake Gebu Mudah Ikut Sukatan Cawan


Bahan-bahannya:

5 Biji telur gred A (kalau gred B guna 6 biji)
250 gram cream cheese. (boleh juga guna keping keju cheesedale dalam 5-6 keping)
1/2 cawan susu cair (boleh juga nak letak susu segar atau santan)
1 cawan gula halus. (jika takde gula halus, sukat gula biasa dan kisarkan guna blender kering)
2 sudu besar butter atau majerin
1 cawan tepung gandum.
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
Sedikit asen vanila
Sedikit garam halus
1 sudu kecil cuka makan (nak gantikan dengan cream of tartar pun boleh)


CARA MEMBUATNYA

1) Satukan susu, keju dan marjerin atau butter dalam bekas. Cairkan dengan kaedah double boil. Kacau hingga sebati dan tak berketul-ketul lagi.

2) Asingkan kuning dan putih telur. Yang putih telur tu letak terus dalam bowl mixer.

3) Letak esen vanila sket dalam kuning telur dan kacau sebati, guna spatula atau senduk je. Tak perlu mixer.

4) Ayak tepung gandum, baking powder, tepung jagung dan sedikit garam halus. Ketepikan.

5) Masukkan bahan double boil yang dah suam tadi ke dalam bekas kuning telur  dan kacau sebati

6) Dah sebati masukkan pulak tepung yang di ayak tadi dan kacau hingga sebati.

7) Putih telur tadi mix sampai jadi buih-buih kasar. Kemudian baru masukkan gula dan cuka ataupun cream of tartar.

8) Mix dalam 15 minit atau hingga adunan tadi marigue. Maknanya terbalikan bekas pun tak jatuh adunan tu tadi. 

9) Ceduk adunan putih telur dan masukkan dalam adunan kuning telur tadi.

10) Ulang sampai habis dan kacau rata

11) Lapik kertas baking paper kat bawah loyang yang dah disapu dengan minyak. Keliling loyang pon sapu minyak atau marjerin.

Sebelum bakar, letakkan loyang yang berisi air dan letakkan adunan dalam loyang yang ada air tadi. Panaskan oven 170'c selama 5 minit. Dah masukkan loyang dalam oven, turunkan suhu kepada 160'c. Bakar selama 1 jam atau 1 jam 10 minit api atas bawah. 

Kalau nak garingkan atas kek, tambah lagi 10 minit api atas sahaja. 

Kalau nak kukus, api sederhana selama 1 jam dan tambah 1 sudu kecil soda bikarbonat dalam adunan tepung.

Resepi Fluffy Japanese Cotton Cheesecake Gebu Mudah Ikut Sukatan Cawan


Ini resepi yang paling mudah dan pasti menjadi. Bahan pun tak susah kan... 

Jadi, boleh la mencuba ya... 

Kot tak boleh nak ke kedai kek membeli, apa kata cuba buat sendiri Japanese Cotton Cheesecake ikut sukatan cawan ni... 

Insha Allah menjadi.. 

Post a Comment

0 Comments