Resepi Apam Polkadot Gebu, Confirm Menjadi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Apam Polkadot Gebu, Confirm Menjadi! | Rutin sebagai seorang ibu, bangun pagi memikirkan sarapan yang sedap, menarik untuk anak-anak. 

Tak mudah nak cari menu sarapan untuk anak-anak. Selain kuih-kuih tradisional, kek, apam dan roti antara penarik minat anak-anak untuk makan waktu pagi. 

Kek, menu yang kurang sesuai dimakan ketika sarapan, tetapi seakan kek iaitu apam boleh dijadikan kuih dan menu sarapan yang menarik. 

Pelbagai jenis resepi apam ada, dan apam ni sebenarnya mudah sangat nak membuatnya. 

Apam comel yang menarik minat anak-anak ialah Apam Polkadot. Dengan saiz yang comel, intinya yang sedap... rasanya manis menarik minat untuk makan. 

Tak susah buat apam... tapi bagi yang pertama kali mencuba pasti risau takut tak menjadi. 

Jadi, #mariafirdzkitchen kongsikan resepi apam polkadot gebu, yang confirm menjadi kalau ikut resepi ni... 

Tak susah mana pun... Guna bahan yang ringkas saja... Tapi insha Allah jadi dan sedap... 

Resepi Apam Polkadot Gebu, Confirm Menjadi!


Bahan-bahan Apam Polkadot Gebu

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur gred A/B
  • 1 cawan gula kastor( saya guna gula pasir)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Inti (blueberi/strawberi/nutella/coklat)
  • Pewarna



Cara-cara membuat apam polkadot


1) Ayak tepung gandum dan baking powder bersama. Ketepikan.

2) Pukul telur, gula, esen vanila dan ovalette sehingga betul-betul kembang dan gebu. Guna mixer dengan kelajuan yang tinggi. Nak guna blender pun boleh juga.

3) Kemudian, masukkan tepung dan susu cair sedikit demi sedikit secara selang-seli (guna kaedah kaup balik menggunakan spatula).

4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan warna

5) Masukkan adunan ke dalam paper cup kecil dengan mengunakan piping bagi papercup kecil. Boleh nak guna piping bag atau gunakan sudu pun boleh. Masukkan separuh dulu. Kemudian, letak inti dan tutup semula dengan adunan sehingga hampir penuh.

6) Papercup hendaklah di letakkan dalam bekas acuan lompang baru apam berbentuk bulat dan cantik.

7) Buat dot-dot atau apa corak sekali pun bunga, strawberry, ladybug dan sebagainya. Terpulang kepada kreativiti sendiri.

8 Kukus selama 10-15minit dengan api sederhana. Tudung  pengukus mestilah dibalut dengan kain supaya air wap tidak jatuh ke atas apam ketika sedang mengukus.

Resepi Apam Polkadot Gebu, Confirm Menjadi!



Mudah je nak buat kan.. Cuma letih sikit nak masukkan satu persatu dalam acuan tu aje... Tapi hasilnya... memang membuatkan hati berbunga ceria... 😍

Post a Comment

0 Comments