Kuih Lapis Pelangi Mudah, Resepi Azlina Ina

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kuih Lapis Pelangi Mudah, Resepi Azlina Ina | Kuih lapis sejenis kuih lapis tradisional yang tak lapuk dek zaman. Disebabkan namanya kuih lapis, mesti dalam fikiran rasa lecehnya nak buat. 

Kuih lapis terasa leceh permbuatannya sebab nak lapiskan setiap warna tu. Tapi kali ni, saya nak kongsi resepi kuih lapis mudah tapi dijamin menjadi dan sedap. 

Selepas mencari pelbagai jenis resepi kuih lapis, saya tertarik untuk mencuba resepi kuih lapis pelangi dari Azlina Ina. Semua orang dah kenal kan. 

Sebabnya bahan dan cara membuat kuih lapis ni mudah serta tak banyak guna bahan. Bahan yang mudah dan senang. 

Jom kita tengok resepi kuih lapis pelangi mudah dari Azlina Ina. 

Kuih Lapis Pelangi Mudah, Resepi Azlina Ina


Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
3 cawan air
2 sudu besar tepung ubi
Pewarna

Cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan kecuali pewarna dan blender kan semua sekali hingga sebati. Nak guna blender pun boleh, guna mixer pun boleh. 
  2. Tapiskan adunan tadi dan asingkan mengikut berapa warna nak letak.
  3. Letak pewarna dan kacau rat. 
  4. Panaskan kukusan.
  5. Tuang adunan dalam acuan yang telah dioles minyak.
  6. Kukus setiap lapisan selama 3 minit (saya set kat handphone je)
  7. Sebelum tuang lapisan kedua, ketiga dan seterusnya, gores dengan garpu untuk pastikan setiap lapisan tu cantik je melekat.
  8. Tuang dan ulang sampai habis adunan. 
  9. Lapisan terakhir kukus selama 15 minit.
  10. Dah masak, sejukkan dan sedia untuk dihidang. 
Kuih Lapis Pelangi Mudah, Resepi Azlina Ina


Senang kan buat kuih lapis pelangi ni... Tak lama mana... Untuk cubaan pertama saya buat enam lapis... Alhamdulillah... menjadi dan sedap... Kalau lagi cantik, buatlah ikut warna pelangi... 7 lapis warna pelangi... lebih cantik menarik dan sedap.. Insha Allah.. 

Selamat mencuba...

Post a Comment

0 Comments