Resepi Muffin Coklat Mudah, Guna Sukatan Cawan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Muffin Coklat Mudah, Guna Sukatan Cawan | Bila jadi ibu, bangun pagi akan fikir nak masak apa untuk anak-anak.

Nak cari resepi yang sedap, mudah, tak ambil masa yang banyak untuk memasak dan anak-anak suka tu tak mudah tambah pula dengan anak yang jenis cerewet makan kan.

Jadi, hari ni saya kongsi kan satu resepi yang sangat mudah nak buat terutama waktu sarapan atau minum pagi. Boleh juga dijadikan menu minum petang iaitu resepi muffin coklat mudah guna sukatan cawan.

Untuk buat muffin tak susah. Hanya perlu Asingkan bahan basah dan bahan kering, kemudian satukan keduanya dan kacau. 

Resepi Muffin tak perlu guna mixer, cukup dengan wishk atau senduk. 

Resepi Muffin Coklat Mudah, Guna Sukatan Cawan


Bahan-bahan 


Bahan A

  • 2 cawan tepung
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 2 sudu kecil baking powder 
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar nescafe (optional) 
  • Sedikit garam

Bahan B

  • 3 biji telur gred B
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 Cawan susu cair/susu segar
  • 1 cawan minyak masak/minyak jagung

Cara membuatnya:

  1. Satukan bahan A dan ayak, ketepikan.
  2. Satukan bahan B dan kacau sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau sebati.
  4. Tuang ke dalam cawan cup cake atau muffin. 
  5. Hiaskan dengan coklat urai atau badam cincang...
  6. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit dengan suhu 175 darjah celcius. 
  7. Sejukkan sebelum di hidang. 
Resepi Muffin Coklat Mudah, Guna Sukatan Cawan


Tambahan:

Boleh juga tambahkan emelco pandan untuk warna yang lebih terang dan juga esen vanila jika mahukan bau yang wangi ke dalam adunan sebelum dimasukkan ke dalam acuan.

Selamat mencuba. 

Post a Comment

0 Comments