Resepi Ayam Kung Pao

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ayam Kung Pao | Kali ni kita berkongsi resepi masakan Cina. Nama pun Kung Pao kan... Memang sah dari Cina. 

Masakan Cina biasanya masakan yang kurang minyak dan jika guna minyak pun guna minyak bijan. 

Masakan ni sangat ringkas dan menggunakan dada ayam sebagai bahan utama. Biasanya kita tak tau nak masak apa bahagian dada ayam ni kan... Jadi boleh lah cuba masak resepi ayam Kung Pao ni. 

Jom kita tengok bahan dan cara membuatnya... 

Resepi Ayam Kung Pao

Ayam Kung pao

Bahan-Bahan:

300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub
5 biji cili kering, dipotong dua
2 inci halia muda, hiris nipis
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
1/3 biji karot, hiris nipis
1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak
sedikit daun bawang
2 sudu minyak masak

Bahan Perapan

1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kicap cair
Bahan untuk sos:
1 sudu besar kicap pekat berkaramel
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap cair
1 sudu teh gula
3 sudu besar air
Resepi ayam Kung pao


Cara Memasak:

1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit.

2. Goreng ayam dalam minyak panas (deep fried) dan kacau sehingga ayam hampir masak. Angkat dan asingkan.

3. Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 2 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
.
4. Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah.
.
5. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.
.
Tip: Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras.

Selamat mencuba... 

Post a Comment

0 Comments