Resepi Ayam Bakar Paling Simple

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Ayam Bakar Paling Simple | Ayam, antara lauk yang popular dan boleh dikatakan semua orang makan ayam.

Setiap hari boleh dikatakan akan ada menu ayam terutamanya bagi mereka yang tinggal jauh dari laut. 

Hari-hari makan menu ayam kadang jemu juga tambahan pula part yang banyak daging seperti dada ayam. 

Jadi, menu yang simple dan tak guna bahan yang banyak kadangkala susah nak match kan dengan dada ayam ni. 

Kali ni, #mariafirdzkitchen nak kongsikan satu resepi mudah menggunakan dada ayam sebagai bahan utama. 

Resepi ini, gerenti resepi yang sihat dan sesuai untuk orang yang ingin kurangkan minyak dalam diet pemakanan seharian. 

Resepi ayam Bakar Paling mudah dan simple ni hanya guna bahan-bahan rempah dan caranya juga cukup mudah.

Jom kita tengok resepinya.

Resepi Ayam Bakar Paling Simple


Ayam Bakar Paling Simple

Bahan-bahannya:

  • Dada ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu

Bahan kisar

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 inci halia

Cara memasaknya

  1. Campurkan semua bahan dengan ayam dan perap selama sejam.
  2. Bakar di atas pan anti lekat atau nak sedap guna arang. Boleh juga nak guna oven... Asalkan laras suhu ikut kesesuaian. Supaya ayam tidak kering dan tetap juicy... 

Bakar dengan api kecil hingga masak. 

Siap untuk dihidang. 

Boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dicicah dengan sos pencicah. 

Senang kan... Tak banyak guna bahan. Dan mudah disediakan.

Selamat mencuba.☺️

Post a Comment

0 Comments