بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Bayam Brazil Goreng Tepung Bestari | Bayam brazil satu sayuran yang tengah trending dan popular sekarang ni.
Bayam brazil, bentuknya sama seperti bayam biasa cuma, cuma cara membiaknya lain. Bayam brazil hanya guna keratan batang untuk hidup, berbeza dengan bayam biasa yang memerlukan biji benih untuk hidup.
Cara memasak bayam ini lebih kurang sama, cuma bezakan bayam brazil boleh dimakan mentah sebagai ulam segar.
Pelbagai resepi boleh dipelbagaikan dengan sayuran hijau ini, dan salah satunya boleh dijadikan kudapan ringan waktu santai.
Bayam Brazil Goreng Tepung Bestari
Bahan-bahannya:
Bayam brazil (basuh dan toskan)Tepung goreng bestari
Air
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
Panaskan minyakBancuh tepung dengan air
Celup bayam dalam tepung dan terus masukkan dalam minyak panas.
Balik-balikkan hingga agak kekuningan, boleh angkat dan toskan minyak.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng. Untuk elak dari bayam serap minyak. Kalau bayam serap minyak tak sedap rasanya dan menjadikan bayam tak rangup dan lemau.
Mudahkan... Selamat mencuba!
0 Comments