Bayam Brazil Goreng Bilis

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bayam Brazil Goreng Bilis | Bayam brazil tanaman popular sekarang ni. Satu tanaman yang sangat mudah tumbuh dan membiak dengan cepat.

Tidak seperti bayam biasa yang perlu ditanam dengan biji benih, bayam ni hanya membiak dengan keratan batang sahaja.

Selain buat ulam... bayam brazil juga sedap dimasak goreng.

Antara resepi yang sedap dimakan dengan nasi panas, ialah bayam brazil goreng bilis.


Resepi simple je...

Bayam Brazil Goreng Bilis
Bayam Brazil Goreng Bilis

Bahan-bahannya:


  • Bayam Brazil
  • 2 ulas bawang kecil @ 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih (saya memang suka letak bawang putih banyak dalam masakan)
  • 3 biji cili besar
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • Sedikit belacan
  • Sos tiram
  • Sedikit garam dan gula sebagai perasa
  • Sedikit air


Cara memasak

Tumbuk bawang, ikan bilis, cili dan belacan. Saya suka tumbuk je sebab biar kasar-kasar sikit nampak bahan tu. Kalau nak kisar pun boleh. Optional.

Tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan 1 sudu sos tiram.

Masukkan bayam sikit demi sedikit sambil selang seli dengan air suam.

Masak dengan api sederhana. Kacau hingga bayam sebati dengan bahan tumis. Kalau nak berkuah tambah air lagi.

Masukkan garam dan gula sedikit je... Sebab belacan dan ikan bilis dah masin.

Dah nampak layu sikit.. dah boleh padamkan api ...

Siap untuk dihidang.

Sekian, rezeki PKP untuk hari ni...

#mariafirdzkitchen

Post a Comment

0 Comments