بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Resepi puding roti caramel | Satu lagi resepi berasaskan roti putih. Selain dibuat roti bakar, dan puding roti bakar, roti putih juga boleh dipelbagaikan menjadi puding roti style kukus.
Jika puding roti bakar, dilimpahi sos kastard, puding roti kukus pula dilimpahi rasa manis caramel. Cara buatnya juga mudah dan menggunakan bahan yang mudah.
Hanya 5 bahan yang diperlukan untuk menghasilkan resepi puding roti caramel yang enak.
Resepi puding roti caramel |
Bahan-bahan untuk membuat puding roti caramel
Bahan A
1 cawan gula dicairkan dengan api perlahan. Jangan sampai hangus, nanti pahit. Dah cair, masukkan dalam loyang. Kemudian ketepikan.Bahan B
- 6-8 keping roti gardenia - buang tepi
- Telur 2 biji
- Susu cair 1 1/2 tin (boleh juga diganti dengan 500ml susu segar)
- Susu pekat manis (1/2 tin) - optional jika ingin lebih rasa manis.
- 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara membuat puding roti caramel:
- Satukan semua bahan B kecuali telur.
- Blend sampai halus tapi jangan terlalu lama.
- Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul sedikit dengan garfu, kemudia blend 2-3 saat sahaja. Jika terlebih blend, nanti puding akan berlubang.
- Tapis bahan yang dah diblend, tuangkan dalam loyang yang dah diisi dengan gula yang dicairkan..
- Lepas tu kukus sampai masak (30-40 minit)
Resepi puding roti caramel |
Sejukkan dulu baru keluarkan dari loyang
Nak lebih sedap, masukkan dalam peti sejuk dalam 1 jam lebih, barulah dihidang.
Selamat mencuba.
0 Comments