Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan Mudah

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan Mudah | Kuih puteri ayu salah satu kuih jenis kukus yang sedap dan enak dimakan ketika minum petang.

Kuih ini tak lah terlalu susah nak dibuat. Asalkan ada bahan asas iaitu kelapa parut dan tepung.

Jom kita lihat, cara membuat kuih puteri ayu dengan hanya menggunakan sukatan cawan. Tak perlu guna penimbang di dapur. Gunakan saja, cawan antik untuk sukat segala bahan untuk membuat kuih puteri ayu ini.

Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan Mudah
Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan Mudah

Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan Mudah

Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan Mudah
Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan Mudah

Bahan-Bahan :

3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
2 cawan tepung gqndum
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan kotak
1 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
kelapa parut + sedikit garam + sedikit tepung gandum (Gaul rata dan kukus sekejap)

Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan Mudah
Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan Mudah

Cara-Cara Membuat Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan Mudah

  1. Ayakkan tepung bersama baking powder
  2. Mixer telur, gula, ovalate hingga kembang putih. 
  3. Masukkan tepung dan kacau rata.
  4. Masukkan santan dan kacau lagi.
  5. Mix sebati baru tuang pewarna hijau dan emelco pandan. Mix sebati lagi sekali. tapi jangan lama sangat.
  6. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan. 
  7. Tuang adunan tepung paras acuan dan kukus 10-15 minit guna api besar (biasa).
Mudah je nak buat...cuma kena rajin... 

Untuk bancuhan sukatan ni dapat dalam 21 biji acuan besar... kalau acuan kecil lebih la...

selamat mencuba...

Kredit gambar: mariafirdz.com

Post a Comment

0 Comments