Resepi Bendi Goreng Telur Yang Mudah Tapi Sedap

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Bendi Goreng Telur Yang Mudah Tapi Sedap | Bendi, antara sayuran yang sedap dimakan sebagai ulam atau dimasak.

Kebiasaan bendi dicampur dalam kari sebagai penyedap masakan.

Tapi, sebenarnya, bendi juga boleh dimasak goreng kering. Mungkin tak ramai berani masak begini sebab takut berlendir.

Tapi, tak susah sebenarnya...

Resepi bendi goreng telur ini, mudah dan cepat dimasak tapi hasilnya pasti sedap. Yang tak biasa makan bendi pun insha Allah akan suka.

Jom kita lihat resepi bendi goreng telur mudah tapi sedap ini,

Resepi Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap
Resepi Bendi Goreng Telur Yang Mudah Tapi Sedap

Bahan bahan:


  • 15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
  • 2 biji telur - dipukul
  • Sedikit garam dan gula


Bahan kisar/tumbuk


  • 3 cili merah - dibuang biji
  • 1/2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar ikan bilis


Cara-cara memasaknya:


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
  2. Masukkan telur dan kacau hingga telur hancur dan sebati dengan bahan kisar. 
  3. Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan gula. Agak agak bendi dah separuh masak dah boleh padamkan api.
  4. Bendi dimasak separuh dan dengan cepat untuk rasa rangup dan segar bila dimakan.
  5. Selain sedap dimakan dengan nasi panas, bendi goreng telur ini juga sedap diratah begitu sahaja.


Tips:

Untuk elakkan bendi berlendir, potong bendi ketika hampir nak masukkan bendi ke dalam bahan masakan. Jangan potong awal dan biarkan, nanti bendi akan berlendir.
Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments