بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap
Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada
- Ikan keli sederhana besar.
- bawang putih-ditumbuk.
- bawang besar-ditumbuk.
- cili merah-ditumbuk.
- cili padi- ditumbuk (tambah jika nak pedas)
- Sedikit air asam jawa.
- Gula.
- Garam.
- Minyak masak.
- Serbuk Kunyit.
Cara memasak ikan keli goreng berlada
1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dan toskan minyaknya.2. Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.
4. Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.
5. Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.
6. Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
Boleh kalau nak tambah hiasan dengan potong bawang Holland bulat-bulat... Dan masukkan akhir sekali sebelum matikan api tu... Menambah rasa sedap manis dan deko yang cantik semasa menghias hidangan.
Selamat mencuba.
0 Comments