Resepi apam nasi sukatan cawan, mudah dan gebu!

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi apam nasi sukatan cawan, mudah dan gebu! | Nasi, bila lebih rasa sayang nak buang. Memang patut rasa sayang. Jangan dibuang lebihan nasi sejuk. Sebab ada gunanya. 

Nasi sejuk boleh dipelbagaikan dengan resepi yang menarik. Selain buat nasi goreng, nasi juga boleh dijadikan kuih yang sedap. 

Antara kuih yang menarik terhasil dari nasi sejuk ialah apam nasi. 

Apam nasi mudah je nak buat. Hasilnya pula gebu dan sedap. Mudah dah nak buat hanya guna sukatan cawan. Tak perlu mixer hanya gunakan blender biasa saja. 

Jom tengok resepi apam nasi sukatan cawan yang mudah dan gebu. 

Resepi apam nasi sukatan cawan, mudah dan gebu!
Resepi apam nasi sukatan cawan, mudah dan gebu!

Apam nasi sukatan cawan

Bahan-bahan:

- 2 cawan nasi
- 2 1/2 cawan air
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung beras
- 1 paket 11g yis Mauripan
- Pewarna
- Minyak
- Kelapa parut (jika mahu)

Cara-cara:

1. Dengan menggunakan blender, kisar nasi dengan air sehingga sebati.
2. Masukkan gula dan kisar lagi.
3. Di dalam mangkuk lain, gaul tepung gandum, tepung beras dan yis, dan ayak.
4. Gaulkan adunan nasi dengan adunan tepung, dan masukkan pewarna yang diingini.
5. Perap 1-2 jam. Nampak adunan dah mengembang dah boleh dah sedia untuk dimasak.
6. Sapukan acuan apam dengan minyak dan tuangkan adunan ke dalama acuan.
7. Kukus 20 minit hingga gebu.

8. Hias dengan kelapa parut jika mahu.

Resepi apam nasi sukatan cawan, mudah dan gebu!
Resepi apam nasi sukatan cawan, mudah dan gebu!

Mudah bukan. Memang sedap dan enak dimakan bersama kelapa parut. Tapi takde kelapa pun, tetap enak dan manis sebagai juadah sampingan waktu minum petang atau sarapan pagi.

Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments